Jawatan Kosong Pembinaan Jelatik Kluang – Jurutera Projek

Pembinaan jelatik merupakan sebuah syarikat kejuruteraan mekanikal & elektrikal yang memberikan perkhidmatan kepada industri kejuruteraan air yang melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan untuk loji rawatan air.

Jawatan:

Jurutera Projek

Gaji: RM2,300 – RM3,000

Syarat kelayakan:

  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrik / Mekatronik / Instrumentasi / Mekanikal yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Minimum 2 tahun pengalaman dalam bidang kejuruteraan air, instrumentasi, elektrikal atau mekanikal
  • Mempunyai kemahiran interpersonal dan dapat berkomunikasi dengan baik dengan pihak pengurusan, kakitangan dan pihak luar
  • Komited, jujur, berkeyakinan tinggi dan bertanggungjawab di dalam menjalankan tugas.
  • Boleh bekerja lebih masa ketika diperlukan.
  • Mahir menggunakan komputer dalam aplikasi Microsoft Office. Kemahiran dalam menggunakan Microsoft Project & Auto CAD adalah satu kelebihan.
  • Bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan peralatan dan perkakasan berkaitan dalam loji pemprosesan air mentah.
  • Pengalaman dalam penyelenggaraan perkakasan di loji seperti flowmeter, motor elektrik, pam air dan lain-lain
  • Mempunyai lesen memandu B2 & D yang sah.
  • Calon yang layak akan ditempatkan di Kluang, Johor.

Cara permohonan:

Permohonan dan maklumat lanjut jawatan boleh didapati di laman ini atau klik sini. Pemohonan mestilah memenuhi ketetapan kelayakan, sebelum dipanggil temuduga. Hanya calon yang menepati kelayakan akan dipanggil untuk temuduga.