Jawatan Kosong Jurutera Projek Kejora Land Development Sdn Bhd

Kejora Development Holding Sdn Bhd (KDHSB) adalah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) yang terletak di Bandar Penawar Kota Tinggi Johor. Kami mempunyai 3 anak syarikat di bawah Kejora Development Holding iaitu Kejora Land Development Sdn Bhd, Kejora Agro Sdn Bhd, dan Kejora Hospitality & Services Sdn Bhd. Kejora Land Development Sdn Bhd (KLDSB) ditubuhkan sebagai sebuah syarikat dalam industri harta tanah / harta tanah untuk membuat pembangunan di Kawasan Luar Bandar Johor Tenggara.

Kejora Land Development Sdn Bhd mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk memohon jawatan seperti yang berikut:

Jawatan

Jurutera Projek

Kejora Land Development Sdn Bhd

Kota Tinggi

  1. Memastikan kebenaran merancang memenuhi standard keperluan bangunan seperti peraturan dari pihak JKR, JPS, SAJ,IWK dan etc.

2. Mengetuai v.e (Value engineering) bersama perunding dari segi teknikal berdasarkan Kebenaran Merancang dan Pelan Bangunan yang telah diluluskan.

3. Memantau kemajuan kerja, menyelaraskan aktiviti dan menyelesaikan perkara berbangkit di tapak.

4. Memeriksa dokumen projek (RFI,MEMO,NCR dan etc.) yang dikeluarkan oleh pihak kerani tapak dan kontraktor selaras dengan kehendak pengurusan.

5. Menyediakan laporan status projek dengan menganalisis segala maklumat yang diperlukan dan pemerhatian di tapak.

6. Menyediakan laporan status projek terkini untuk pihak pengurusan.

7. Memeriksa peratusan bayaran kerja kontraktor selaras dengan kemajuan sebenar di tapak bina.

8. Menjalankan mesyuarat teknikal bersama perunding dan kontraktor bagi menyelesaikan isu berbangkit bagi melancarkan pergerakan kerja di tapak.

9. Menyemak dan memeriksa lukisan pembinaan yang terlibat dari pihak perunding dari semasa ke semasa.

10. Memberi maklumat dalam proses penyediaan kertas cadangan projek pembangunan dan dokumen-dokumen yang berkaitan kepada pihak pengurusan.

11. Mengekalkan persekitaran kerja yang selamat dan bersih dengan menguatkuasakan prosedur dan peraturan yang berkaitan bagi pihak kontraktor.

12. Menggantikan tugas Clerk of Work (COW) di tapak sekiranya bercuti.

13. Memastikan kerja pembinaan mengikut kontrak dan segala spesifikasi serta keperluan PBT dan pihak terlibat sehingga projek tersebut siap sepenuhnya.

Kelayakan Akademik

Ijazah Sarjana Muda, Diploma Pascasiswazah, Ijazah Profesional

Syarat Lantikan

  • Tahap Kerjaya: Eksekutif Kanan
  • Kelayakan: Ijazah Sarjana Muda, Diploma Pascasiswazah, Ijazah Profesional
  • Pengalaman 3 tahun

Cara Mohon

Mengisi borang permohonan atas talian dengan lengkap. Borang boleh diisi di link yang di sediakan di sini ===> Jawatan Kosong Jurutera Projek Kejora Land Development Sdn Bhd

Related Posts