Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kangar – 4 kekosongan jawatan

Calon-calon yang layak daripada warganegara Malaysia (keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Perlis) dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf TETAP di pentadbiran Majlis Perbandaran Kangar seperti berikut:

Jawatan:

  1. Penolong Pegawai Undang-Undang
  2. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa
  3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
  4. Pemandu Kenderaan

Syarat-syarat kelayakan:

  1. Warganegara Malaysia dan keutamaan diberikan kepada anak negeri Perlis
  2. Kelayakan minimum PMR hingga Ijazah Sarjana Muda
  3. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu ketika PMR dan SPM
  4. Mempunyai lesen memandu berkaitan untuk jawatan Pemandu Kenderaan

Cara mohon:

Permohonan hendaklah menggunakan Borang PABMS/MPK.PS – 12 – R1-2020 yang boleh dimuat turun dalam laman web rasmi Majlis Perbandaran Kangar, Perlis (klik sini) dan semua permohonan jawatan perlu disertakan resume bersama salinan Sijil/dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

  1. Kad Pengenalan (depan dan belakang),
  2. Sijil Kelahiran (wajib disertakan),
  3. Sijil Berhenti Sekolah,
  4. Sijil-Sijil Akademik (Sijil PMR/SPM/Diploma/Ijazah atau kelayakan yang setaraf dengannya dalam bidang yang berkaitan),
  5. Sijil Kegiatan Luar (jika ada),
  6. Lain-lain dokumen pengesahan pernah menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan jawatan yang dipohon.

Pemohon juga dikehendaki membawa dokumen-dokumen (Asal) semasa menghadiri temuduga tersebut. Permohonan yang lengkap diisi beserta salinan/dokumen yang telah disahkan hendaklah dialamatkan atau disampaikan kepada:

YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN KANGAR, PERLIS,
NO. 192, PERSIARAN JUBLI EMAS,
01000 KANGAR,
PERLIS.
(u.p : Jabatan Korporat Dan Sumber Manusia)

Sila tuliskan ’nama jawatan’ disebelah atas kiri sampul surat bagi permohonan jawatan yang dikemukakan. Maklumat lanjut iklan kekosongan jawatan klik sini (PDF).

Tarikh tutup permohonan:

17 November 2020 (Selasa)

Related Posts