Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Ampang Jaya – Pelbagai Jawatan

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun dipelawa untuk memohon jawatan bertaraf Tetap/Kontrak di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan keutamaan diberikan kepada Anak Negeri Selangor.

Senarai jawatan:

  1. Pegawai Perancang Bandar dan Desa
  2. Akauntan
  3. Arkitek Landskap
  4. Pegawai Tadbir
  5. Penolong Pegawai Penilaian
  6. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
  7. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  8. Penolong Pegawai Persekitaran
  9. Penolong Jurutera
  10. Pembantu Tadbir
  11. Jurufotografi
  12. Juruteknik Komputer
  13. Penjaga Jentera Elektrik
  14. Pembantu Kemahiran
  15. Pembantu Penilaian
  16. Pembantu Kesihatan Awam
  17. Pembantu Penguatkuasa
  18. Pembantu Operasi
  19. Pemandu kenderaan
  20. Pembantu Awam

Syarat kelayakan:

Calon hendaklah warganegara Malaysia dan berusia 18 tahun ke atas. Taraf pendidikan minimum yang untuk sesuatu jawatan bermula dengan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau PMR sehingga ke Ijazah Sarjana Muda. Selain itu, calon juga wajib mempunyai Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu. Memiliki lesen memandu juga adalah syarat wajib bagi salah satu jawatan yang ditawarkan.

Cara mohon:

Permohonan perlu menggunakan Borang MPAJ 1 (dapat secara percuma) dari Kaunter Khidmat Pelanggan atau muat turun borang melalui laman web Majlis Perbandaran Ampang Jaya iaitu www.mpaj.gov.my.

Borang permohonan hendaklah diisi lengkap dan disertakan dengan:

  1. Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
  2. Salinan Sijil-sijil Persekolahan termasuk Sijil Berhenti Sekolah;
  3. Salinan Kelulusan Akademik (sila lampirkan bersama surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil/diploma/ijazah dari IPTS dan luar negara (jika berkenaan);
  4. Transkrip keputusan peperiksaan semua semester (jika yang berkenaan)
  5. Sekeping gambar ukuran passport (warna); dan
  6. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan dipenjuru atas kiri sampul surat permohonan

Permohonan hendaklah dihantar ke alamat:

YANG DIPERTUA, MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA, KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN ARAS 4, MENARA MPAJ, JALAN PANDAN UTAMA PANDAN INDAH, 55100 KUALA LUMPUR (U.P: BAH. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)

Maklumat lanjut permohonan boleh rujuk di sini (PDF).

Tarikh tutup permohonan:

16 November 2020

Related Posts