Jawatan Kosong Dewan Bahasa & Pustaka – 12 kekosongan

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk memohon jawatan seperti yang berikut:

Jawatan:

Pekerja Sambilan Harian

  • Kumpulan perkhidmatan: Pelaksana
  • Penempatan: DBP Ibu Pejabat dan DBP Hulu Kelang

Kelayakan akademik:

Kelayakan akademikJumlah jawatanGredBahagianKadar upah (RM sehari)
SPM10N19Bahagian Pemasaran dan Pengedaran54.00
STPM/DIPLOMA2N29Bahagian Pengurusan Sumber Manusia72.00

Syarat lantikan:

SPMSijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
dan memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
Keutamaan kepada calon yang memiliki:
(a) Lesen memandu Vokasional GDL yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan
Jalan (JPJ); atau
(b) Lesen memandu Forklif Kelas F yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan
Jalan (JPJ).
STPM/DIPLOMASijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau Diploma dalam bidang Pengurusan Sumber
Manusia atau Pengurusan Maklumat dan Pengurusan Rekod Pejabat yang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya dan memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional
Malaysia.
Keutamaan kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang Pengurusan
Sumber Manusia dan bidang Pengurusan Maklumat dan Pengurusan Rekod Pejabat.

Cara mohon:

Mengisi Borang Permohonan Jawatan Pekerja Sambilan Harian Borang PSM: 2/2019 dengan lengkap. Borang boleh dimuat turun dengan melayari laman sesawang DBP, http://lamanweb.dbp.gov.my. Borang yang telah diisi dengan lengkap perlu dihantar melalui e-mel ke alamat: pengambilan@dbp.gov.my

Tarikh tutup:

06 November 2020

Related Posts