Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bantuan kewangan

Bantuan kewangan RM2,000 ‘one-off’ dikreditkan bulan depan: Senarai penuh penerima

Posted on January 5, 2024 by Admin

Banyak jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Hal yang sama juga di bawah Belanjawan Madani 2024 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 13 Oktober 2023 lalu.

Belanjawan 2024 ini melibatkan peruntukan tertinggi yang pernah dibentangkan iaitu RM303.8 bilion untuk belanja mengurus, RM90 bilion untuk belanja pembangunan dan RM2 bilion simpanan luar jangka.

Bantuan Kewangan RM2,000

Di bawah Belanjawan 2024, Kerajaan Perserkutuan telah bersetuju untuk memperkenlkan bantuan kewangan yang dikenali sebagai Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam.

Bantuan kewangan ini nanti akan melibatkan pemberian tunai sebanyak RM1,000 dan RM2,000 secara ‘one-off’ kepada penerima yang berkelayakan.

Mereka yang layak menerima RM2,000 adalah para penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak. RM1,000 pula akan diberikan kepada semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

Pada asasnya, bantuan kewangan ini diperkenalkan bersempena dengan usaha Kerajaan yang sedang menyemak semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam.

Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) itu sedang giat dilaksanakan bagi meneliti keperluan semua skim perkhidmatan dan dijangka akan dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan.

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan ucapan Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2024, pembayaran bantuan kewangan ini akan dibuat pada akhir bulan Februari 2024.

Caranya adalah secara kredit terus ke akaun penerima yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan. Dimaklumkan juga bahawa bantuan ini tidak melibatkan sebarang permohonan.

Pemilihan tarikh pada akhir Februari 2024 adalah bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang Ramadan dan Syawal.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Dalam masa sama, pihak Kerajaan turut meneruskan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada golongan B40 dan M40 berkelayakan.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
January 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Dec   Feb »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme