Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bantuan khas

Bantuan Khas Kewangan RM2,000: Senarai penuh penerima & tarikh dikreditkan ke akaun

Posted on December 20, 2023 by Admin

Banyak jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antaranya adalah  Bantuan Khas Kewangan yang umumkan oleh Kerajaan-Kerajaan Negeri bagi tahun 2024. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan – bantuan khas berkenaan: –

Bantuan Khas Kewangan

Melalui Belanjawan 2024 Negeri Sabah, pihak Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM2,000.

Bantuan itu akan diberikan kepada semua penjawat awam negeri, termasuk bertaraf sementara, kontrak dan pekerja sambilan harian.

Menteri Kewangan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pemberian bantuan itu selaras dengan langkah Kerajaan Persekutuan yang memberi jumlah sama kepada penjawat awam Persekutuan di bawah Belanjawan 2024.

“Saya berharap insentif ini akan memberi suntikan semangat terhadap penjawat awam negeri untuk terus berusaha dengan lebih gigih demi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Sabah di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Tarikh Pembayaran

Untuk maluman, pembayaran bantuan ini akan dibayar secara dua peringkat, iaitu RM1,000 pada Januari 2024 dan RM1,000 menjelang Aidilfitri 2024.

Kaedah pembayaran pula akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima yang menepati syarat-syarat kelayakan.

Dalam masa sama, Kerajaan Negeri juga mengumumkan peruntukan sebanyak RM101 juta untuk biasiswa dan dermasiswa kepada 1,500 orang bakal pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

RM44 juta bantuan juga diperuntukkan kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian serta bantuan bagi menyokong institusiinstitusi pendidikan.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Bagi maklumat lengkap Belanjawan Negeri Sabah 2024, sila rujuk di Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Sabah – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
December 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
« Nov   Jan »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme