Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
isejahtera

Bantuan iSejahtera RM100 hingga RM1,000: Senarai mereka yang layak & cara memohon

Posted on December 18, 2023December 18, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah i-Sejahtera yang merupakan sumbangan penghargaan dan keprihatinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang berbentuk kewangan secara setahun sekali dan ‘one-off’.

Bantuan-bantuan iSejahtera

Bayaran sekali setahun

  • Program Penghargaan Warga Emas: RM200
  • Program Bantuan Ibu Tunggal: RM100
  • Program Suri Emas: RM100
  • Program Bantuan OKU: RM200

Bantuan secara ‘one-off’

  • Program Anak Emas: RM200
  • Khairat Kematian: RM1,000

Cara Memohon

Bagi yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan-bantuan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal i-Sejahtera dengan tatacara berikut:

  • Layari Portal Rasmi i-Sejahtera;
  • Klik butang Permohonan Baru dan Semakan Status;
  • Masukkan nombor Kad Pengenalan;
  • Semak No Kad Pengenalan;
  • Mohon Program Penghargaan untuk mendaftar ID dan kata laluan;
  • Log in Masuk menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang ditetapkan;
  • Lengkapkan borang permohonan dan muat naik dokumen-dokumen sokongan;
  • Sekiranya dokumen tidak dimuat naik melalui sistem, pemohon perlu menghantar salinan dokumen sokongan ke Pejabat Daerah/Pusat Khidmat KADUN/Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (bagi program OKU).

Bagi yang diluluskan permohonannya, pembayaran bantuan ini akan dibuat secara berperingkat. Bagi membolehkan pemohon menerima sumbangan bagi tahun semasa, pendaftaran pemohon mestilah lengkap dan disahkan sebelum 30 Jun pada setiap tahun.

Pendaftaran yang disahkan selepas tarikh 30 Jun akan menerima bayaran sumbangan pada tahun berikutnya.

Maklumat lebih teliti berkenaan i-Sejahtera dan syarat-syarat kelayakan secara lebih teliti boleh dilihat di Portal Rasminya – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
December 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
« Nov   Jan »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme