Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bantuan tambahan

Bantuan tambahan RM1,200 untuk penerima STR: Senarai penuh penerima & cara pembayaran

Posted on December 10, 2023 by Admin

Banyak jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Perkara yang sama juga di bawah Belanjawan 2024 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 13 Oktober 2023 lalu.

Antara bantuan yang diperkenalkan adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR): –

Bantuan tambahan RM1,200

STR pada asasnya merupakan bantuan tunai kepada kumpulan B40 dan M40 berdasarkan tangga gaji dan tanggungan masing-masing.

Pembayaran STR bagi tahun 2024 melibatkan empat fasa dan akan disalurkan secara berperingkat seperti mana yang dijadualkan.

Dalam masa sama, pihak Kerajaan turut memperkenalkan sebuah lagi bantuan tambahan yang dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada penerima STR berkelayakan.

Bantuan SARA bagi tahun 2024 telah dinaikkan kepada RM1,200 berbanding RM600 sebelumnya.

Syarat-syarat Kelayakan SARA

  • Warganegara Malaysia;
  • Permohonan STR 2024 diluluskan;
  • Penerima STR berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM.

Cara Pembayaran

SARA 2024 akan diberikan secara tanpa tunai (cashless) sebanyak RM100 setiap bulan selama 12 bulan (Setahun) bermula dari bulan Januari hingga Disember 2023 secara automatik melalui MyKad masing-masing.

Penerima yang layak akan diberikan penerangan berkenaan kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas.

Pada ketika ini, terdapat lebih 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan SARA, sila rujuk di Portal Rasmi STR – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
December 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
« Nov   Jan »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme