Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
Bayaran STR

Bayaran STR RM350 – RM2,500 untuk penerima B40 & M40: Cara memohon & tarikh bayaran Fasa 1

Posted on December 9, 2023 by Admin

Banyak jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Hal yang sama juga di bawah Belanjawan 2024 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 13 Oktober 2023.

Melalui Belanjawan 2024, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan kadar yang ditingkatkan.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024

STR pada asasnya merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang benar-benar berkelayakan serta memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.

Secara mudahnya, bantuan ini disalurkan kepada golongan B40 dan M40 yang berkelayakan berdasarkan jumlah pendapatan dan tanggungan masing-masing.

Untuk pembayaran STR 2024, ia akan diberikan dengan kadar-kadar di bawah:

Tarikh Pembayaran

Seperti tahun 2023, pembayaran STR 2024 akan dibuat secara beperingkat sebanyak empat fasa:

  • Fasa 1: Februari 2024
  • Fasa 2: April 2024
  • Fasa 3: Ogos 2024
  • Fasa 4: November 2024

Bagi pembayaran STR 2024 Fasa 1, akan dibuat pada bulan Februari tahun hadapan dengan kadar maksimum RM500. Pembayaran itu dibuat bagi meringankan beban rakyata sebelum kedatangan bulan Ramadan.

Untuk makluman, permohonan baru dan kemaskini STR 2024 telah dibuka mulai 01 November 2023 lalu.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Permohonan itu boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Rasmi STR atau secara manual melalui borang rasmi yang boleh diadapati secara percuma di Portal Rasmi STR atau Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL.

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan STR 2024, sila rujuk di Portal Rasmi STR – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
December 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
« Nov   Jan »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme