Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bantuan kewangan

Bantuan kewangan RM1,000 dikreditkan bulan ini: Tidak perlu memohon & senarai penuh penerima

Posted on December 1, 2023 by Admin

Banyak jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antara adalah Bantuan Khas Kewangan (BKK) yang akan dikreditkan kepada yang layak. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –

Bantuan Khas Kewangan

Di bawah Belanjawan 2024 Negeri Selangor, Kerajaan negeri telah bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000.

Bantuan khas ini akan dikreditkan kepada semua penjawat awam Kerajaan Negeri Selangor dan ia diperkenalkan sebagai tanda menghargai penglibatan mereka menjayakan kutipan hasil.

Tarikh Pembayaran

Untuk makluman, inisiatif ini adalah sebahagian daripada bantuan keseluruhan sebanyak 2.5 bulan gaji kepada kakitangan awam yang sudah pun dimulakan menerusi BKK kali pertama sebanyak sebulan gaji minimum RM1,000 pada Hari Raya Aidilfitri, Mei lalu.

Bagi pembayaran kali kedua, ia akan dibuat pada 28 Disember 2023 dengan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM40.03 juta.

Manakala, setengah bulan gaji minimum RM1,000 pula akan dibayar pada bulan Februari 2024 bagi meringankan beban para penjawat sempena persiapan sesi persekolahan 2024 yang dijangka bermula pada bulan Mac 2024.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

“Pemberian BKK akan dilaksanakan berdasarkan pekeliling yang akan dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPSM) dan syarat yang paling penting, kena tunggu di dalam Dewan ini sehingga Belanjawan selesai dibentangkan dan disokong,” kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, petikan dari Utusan Malaysia.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
December 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
« Nov   Jan »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme