Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
musim tengkujuh

Bantuan Musim Tengkujuh Fasa 1 RM200 telah dikreditkan: Senarai penerima & cara semak

Posted on November 22, 2023 by Admin

Pada tahun 2023 ini, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah sebuah inisiatif Kerajaan yang dikenali Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) di bawah Belanjawan 2023 kepada mereka yang berkelayakan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenana bantuan kewangan ini:-

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

Di bawah Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk manaikkan kadar BMT kepada RM800, berbanding RM600 sebelum ini.

Objektif utama bantuan ini adalah untuk meringankan beban kewangan pekebun kecil/penoreh getah yang berkelayakan semasa musim tengkujuh.

Berdasarkan kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Musim Tengkujuh atau Monsun Timur Laut dijangka bermula pada 11 November 2023 sehingga Mac tahun depan.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
  • Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
  • Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
  • 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
  • Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).

Tarikh Pembayaran

Untuk makluman, pembayaran BMT akan dibuat secara empat fasa iaitu bermula pada bulan November 2023 hingga Februari 2024. Setiap fasa akan melibatkan kadar bantuan sebanyak RM200 dengan jumlah keseluruhan RM800.

Kaedah pembayarannya pula adalah secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini boleh dilihat di Portal Rasmi RISDA – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
November 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
« Oct   Dec »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme