Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bantuan

Bantuan RM1,200 dikreditkan dalam MyKad: Senarai penerima yang layak & tarikh mula bayaran

Posted on November 27, 2023 by Admin

Banyak jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Hal yang sama juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 lalu.

Antara bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA): –

Bantuan RM1,200

Di bawah Belanjawatan 2023, pihak Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah atau STR. Untuk pengetahuan, SARA adalah bantuan yang diberikan kepada para penerima STR yang berkelayakan.

Bagi tahun hadapan, kadar SARA akan dinaikkan kepada RM1,200 berbanding RM600 tahun ini.

Melalui SARA, penerima berkelayakan akan menerima bantuan secara tanpa tunai (cashless) sebanyak RM100 setiap bulan selama setahun (12 bulan) secara automatik melalui MyKad masing-masing.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Tersenarai sebagai isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

Tarikh Pembayaran

Bagi mereka yang permohonan STR diluluskan dan menepati syarat-syarat kelayakan SARA, mereka akan menerima bantuan ini bermula pada bulan Januari 2024.

Penerima yang layak kemudiannya akan diberi penerangan berkenaan kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas.

Pada ketika ini, terdapat lebih 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan SARA, sila rujuk di Ringkasan Belanjawan 2024 – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
November 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
« Oct   Dec »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme