Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
str 2024

Jadual pembayaran STR 2024 untuk B40 & M40: Tarikh pembayaran Fasa 1 & senarai penerima

Posted on November 16, 2023 by Admin

Banyak jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Hal yang sama juga di bawah Belanjawan 2024 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 13 Oktober 2023.

Belanjawan Madani 2024 ini melibatkan peruntukan tertinggi yang pernah dibentangkan iaitu RM303.8 bilion untuk belanja mengurus, RM90 bilion untuk belanja pembangunan dan RM2 bilion simpanan luar jangka.

STR 2024

Di bawah Belanjawan 2024, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada golongan B40 dan M40 berkelayakan.

STR pada asasnya merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.

Bagi STR 2024, berikut adalah maklumat penerima dan pembayarannya:

Tarikh Pembayaran

Seperti mana STR 2023, pembayaran bantuan ini bagi tahun 2024 akan dibuat secara berperingkat sebanyak empat fasa.

Bagi pembayaran STR 2024 Fasa 1, akan dibuat pada bulan Februari tahun hadapan dengan kadar maksimum sebanyak RM500. Pembayaran itu dibuat bagi meringankan beban rakyata sebelum kedatangan bulan Ramadan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Dalam masa sama, permohonan baru dan kemaskini STR 2024 juga telah dibuka mulai 01 November 2023. Permohonan itu boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Rasmi STR atau secara manual melalui borang rasmi yang boleh diadapati secara percuma di Portal Rasmi STR atau Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL.

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan STR 2024, sila rujuk di Portal Rasmi STR – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
November 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
« Oct   Dec »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme