Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
kwsp

Pengeluaran simpanan KWSP dari Akaun 1 dan Akaun 2: Syarat-syarat & cara memohon

Posted on November 15, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah apabila pihak Kerajaan membenarkan pengeluarakan KWSP melalui pelbagai program antaranya seperti i-Sinar, i-Citra, i-Lestari dan sebagainya.

Akan tetapi, sebenarnya terdapat pelbagai lagi faktor yang membenarkan para ahli KWSP mengeluarkan simpanan mereka, sama ada secara penuh, sebahagian atau jumlah tertentu.

Berikut adalah senarai perkara yang membenarkan pengeluaran KWSP secara penuh dari Akaun 1 dan Akaun 2: –

Pengeluaran KWSP Akaun 1 & Akaun 2

Usia 55 tahun

Pengeluaran dari Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP dibenarkan kepada para pencarum yang telah mencapai usia 55 tahun. Ini kerana, apabila mereka mencapai usia 55 tahun, simpanan dalam kedua-dua akaun itu akan digabungkan ke dalam Akaun 55.

Ahli seterusnya boleh mengeluarkan kesemua atau sebahagian daripada simpanan mereka daripada akaun ini pada bila-bila masa.

Usia 60 tahun

Untuk pencarum yang memilih untuk terus bekerja selepas usia 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan disalurkan ke  Akaun Emas dan ia hanya boleh dikeluarkan apabila mereka mencapai usia 60 tahun.

Pada umur 60 tahun, kesemua simpanan yang terkumpul dalam Akaun 55 (jika ada) dan Akaun Emas akan digabungkan untuk pengeluaran. Ahli juga boleh memilih untuk membuat pengeluaran secara sekali gus atau sebahagian pada bila-bila masa.

Meninggalkan Negara

Bagi pencarum yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia untuk berhijrah ke negara lain atau ekspatriat atau penduduk tetap (PR) atau pekerja asing yang kembali ke negara asal, mereka boleh memilih untuk mengeluarkan kesemua simpanan mereka di KWSP.

Hilang upaya

Sekiranya pencarum mengalami hilang upaya yang menjejaskan fizikal dan mental mereka sehingga menghalang mereka bekerja. Mereka boleh membuat pengeluaran penuh KWSP dan layak menerima sumbangan sebanyak RM5,000 bagi meringankan beban mereka.

Meninggal dunia

Jika pencarum meninggal dunia, pengeluaran simpanan mereka di KWSP boleh dibuat oleh waris. Oleh itu, pihak KWSP sangat menggalakkan supaya para ahlinya membuat penamaan bagi membolehkan waris terdekat mengeluarkan simpanan KWSP tanpa sebarang kesulitan.

Cara Memohon

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan pengeluaran ini boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui e-Pengeluaran (i-Akaun) KWSP atau melalui cawangan-cawangan KWSP terdekat.

Pembayaran itu kemudiannya akan dikreditkan ke akaun bank ahli seperti mana yang dinyatakan ketika membuat permohonan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Maklumat lengkap dan permohonan i-Lindung, ia boleh diteliti di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
November 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
« Oct   Dec »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme