Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bantuan tambahan

Bantuan Tambahan RM600 untuk penerima STR: Senarai penuh penerima & cara pembayaran

Posted on November 13, 2023 by Admin

Banyak jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Perkara yang sama juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 lalu.

Antara bantuan yang diperkenalkan adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR): –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

STR pada asasnya merupakan bantuan tunai kepada kumpukan B40 dan M40 berdasarkan tangga gaji dan tanggungan mereka.

Pembayaran STR bagi tahun 2023 melibatkan empat fasa dan kesemuanya telah pun dibayar kepada yang layak. Pembayaran Fasa 4 sebagai contoh telah mula disalurkan pada 07 November lalu.

Dalam masa sama, pihak Kerajaan turut memperkenalkan sebuah lagi bantuan yang dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada penerima STR berkelayakan.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

SARA adalah bantuan kewangan sebanyak RM600 yang diberikan kepada penerima STR sedia ada yang layak.

SARA akaan melibatkan pemberian kewangan sebanyak RM100 setiap bulan selama 6 bulan dengan kadar keseluruhan RM600.

Syarat-syarat kelayakan SARA adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Pembayaran SARA

Bagi penerima daripada Semenanjung Malaysia, mereka akan menerima bantuan barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless) sebanyak RM100 setiap bulan selama 6 bulan bermula dari Julai hingga Disember 2023 secara automatik melalui MyKad masing-masing.

Penerima yang layak akan diberikan penerangan berkenaan kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas.

Pada ketika ini, terdapat lebih 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan SARA, sila rujuk di Portal Rasmi STR – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
November 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
« Oct   Dec »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme