Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bantuan tunai

Bantuan tunai RM2,000 akan dibayar secara ‘one-off’: Tak perlu memohon & senarai penuh penerima

Posted on November 9, 2023 by Admin

Banyak jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Hal yang sama juga di bawah Belanjawan Madani 2024 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 13 Oktober 2023 lalu.

Belanjawan 2024 ini melibatkan peruntukan tertinggi yang pernah dibentangkan iaitu RM303.8 bilion untuk belanja mengurus, RM90 bilion untuk belanja pembangunan dan RM2 bilion simpanan luar jangka.

Bantuan Tunai

Terdapat pelbagai bantuan tunai yang diperkenalkan oleh Kerajaan di bawah Belanjawan 2024. Antaranya termasuklah Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 dan RM1,000.

Bantuan sebanyak RM2,000 itu akan diberikan kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak. Manakala, semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen layak menerima RM1,000 seorang.

Inisiatif berkenaan diperkenalkan bersempena dengan usaha Kerajaan yang sedang menyemak semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam yang kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2012.

Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berkenaan sedang giat dilaksanakan bagi meneliti keperluan semua skim perkhidmatan dan dijangka akan dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan.

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan kenyataan rasmi kerajaan, pembayaran bantuan ini akan dilaksanakan pada bulan Februari tahun hadapan (2024).

“Bayaran ini akan dibuat secara sekali gus pada akhir Februari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang Ramadan dan Syawal,” kata Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2024.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Dalam masa sama, pihak Kerajaan turut setuju meneruskan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun hadapan kepada golongan B40 dan M50 berkelayakan.

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan inisiatif-inisiatif di bawah Belanjawan 2024, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
November 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
« Oct   Dec »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme