Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
insentif

Insentif RM1,000 untuk golongan wanita berkerja: Senarai penuh penerima & cara memohon

Posted on October 29, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antaranya adalah melalui sebuah program yang melibatkan inisiatif sebanyak RM1,000 kepada wanita bekerja. Berikut adalah maklumat lanjut tentang inisiatif ini:-

Insentif RM1,000 untuk wanita berkerja

Baru-baru ini, Kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan sebuah program yang dikenali sebagai MamaKerja.

Program ini pada asasnya merupakan  insentif sebanyak RM1,000 yang akan diberikan kepada 5,000 wanita bekerja dengan peruntukan sebanyak RM5 juta.

Tujuan utama program ini adalah bagi meringankan beban wanita bekerja terhadap penjagaan anak-anak, sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk menghantar anak-anak ke pusat pendidikan dan penjagaan yang selamat dan berkualiti.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Wanita bekerja dan mempunyai majikan;
  • Bukan penerima insentif program ASUH PINTAR atau BINGKAS atau TUNAS;
  • Berdaftar dengan LHDN atau mempunyai caruman KWSP;
  • Berpendapatan isi rumah sebanyak RM8,000 dan ke bawah;
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 3 orang anak berumur 12 tahun dan ke bawah;
  • Rakyat Selangor (lahir atau bermastautin melebihi 10 tahun) dan mengundi di Selangor.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Berdasarkan maklumat daripada Portal Selangkah Selangor, permohonan program ini akan dibuka pada 1 November 2023 pada jam 10 pagi.

Berkenaan dengan kaedah memohon, ia akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan program ini, sila rujuk di Portal Rasmi Selangkah – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
October 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« Sep   Nov »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme