Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
e-dompet

Tarikh rasmi pembayaran e-Dompet RM100 untuk semua rakyat Malaysia telah diumumkan: Senarai penerima

Posted on October 20, 2023 by Admin

Banyak jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antara bantuan yang diperkenalkan itu adalah pemberikan e-Dompet atau e-Tunai sebanyak RM100 secara ‘one-off’.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –

Bantuan e-Dompet RM100

Semasa berucap di Majlis Peluncuran “Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat”, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pemberian Bantuan Kredit e-Tunai sebanyak RM100 kepada rakyat Malaysia berkelayakan.

Bantuan e-Tunai ini  diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas dari kalangan B40 dan M40 yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

Bantuan ini akan membabitkan peruntukan sekitar RM1 bilion dan akan memanfaatkan lebih 10 juta penerima.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong, pembayaran e-Dompet ini akan dibuat pada bulan Disember 2023.

“Bantuan e-wallet RM100 ini akan diagihkan pada bulan Disember nanti. Jadi (rakyat) akan dapat (bantuan ini). Rakyat diminta bersabar kerana kerajaan akan tunaikan janji,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, inisiatif berkenaan adalah satu usaha yang sangat baik untuk melatih rakyat berhadapan dengan masyarakat tanpa tunai yang menggunakan segala aplikasi dalam perbelanjaan.

“Bagi sesetengah orang, RM100 mungkin nampak kecil tetapi konsep ini penting untuk mendidik rakyat demi ekonomi masa depan,” katanya.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
October 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« Sep   Nov »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme