Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bmt

Bantuan Tunai BMT RM800 mula dikreditkan bulan depan: Berikut senarai penuh penerima

Posted on October 19, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah sebuah inisiatif Kerajaan yang dikenali BMT di bawah Belanjawan 2023 kepada mereka yang berkelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenana bantuan kewangan ini:-

Bantuan BMT

Bantuan Musim Tengkujuh atau BMT adalah sebuah inisiatif kerajaan di bawah RISDA. Bagi tahun 2023, kadar bantuan ini telah dinaikkan kepada RM800 dari RM600 sebelumnya.

Tujuan utama bantuan ini adalah bagi meringankan dan mengurangkan beban kewangan pekebun kecil/penoreh getah yang berkelayakan semasa musim tengkujuh.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
  • Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
  • Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
  • 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
  • Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan jadual asal, pembayaran BMT akan dibuat secara 4 Fasa iaitu bermula pada bulan November 2023 hingga Februari 2024. Ia akan dilaksanakan selama 4 bulan dengan kadar RM200 setiap bulan.

Pembayarannya pula akan disalurkan secara terus ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.

Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini boleh dilihat di Portal Rasmi RISDA – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
October 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« Sep   Nov »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme