Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bantuan e-tunai

Bantuan e-Tunai RM100 untuk semua rakyat Malaysia dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima

Posted on October 2, 2023 by Admin

Banyak jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antara bantuan yang diperkenalkan itu adalah Bantuan Kredit e-Tunai sebanyak RM100 secara ‘one-off’.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –

Bantuan e-Tunai RM100

Ketika di Majlis Peluncuran “Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat”, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pemberian Bantuan Kredit e-Tunai sebanyak RM100 kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan.

Bantuan Kredit e-Tunai ini akan diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas dari kalangan B40 dan M40 yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

Inisiatif ini membabitkan peruntukan sekitar RM1 bilion dan akan memanfaatkan lebih 10 juta penerima.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan kenyataan Kementerian Kewangan, Bantuan e-Tunai ini akan mula dilaksanakan pada suku keempat tahun ini atau pada Oktober 2023.

“Bantuan e-tunai ini akan memberi manfaat kepada lebih 10 juta penerima merangkumi golongan B40 dan M40,” petikan kenyataan itu.

Dalam masa sama, Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, inisiatif berkenaan adalah satu usaha yang sangat baik untuk melatih rakyat berhadapan dengan masyarakat tanpa tunai yang menggunakan segala aplikasi dalam perbelanjaan.

“Bagi sesetengah orang, RM100 mungkin nampak kecil tetapi konsep ini penting untuk mendidik rakyat demi ekonomi masa depan,” katanya.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
October 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« Sep   Nov »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme