Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bantuan khas

Bantuan Khas Penghargaan RM300 telah dikreditkan: Ini senarai penerima yang layak

Posted on September 27, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan dan inisiatif ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Berikut adalah maklumat berkenaan bantuan khas yang dibayar pada bulan September 2023 ini:

Bantuan Khas Penghargaan

Beberapa buah Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Bantuan Khas Penghargaan kepada mereka yang berkelayakan. Berikut adalah mereka yang terlibat:

Bantuan Khas Penghargaan Sabah

Bantuan khas ini diberikan kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Negeri berkenaan yang masih berkhidmat pada 10 Ogos 2023. Mereka termasuklah pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract of Service (COS); pegawai yang bercuti bergaji penuh; pegawai yang bercuti separuh gaji; pegawai yang bercuti tanpa gaji; dan pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.

Bantuan Khas Penghargaan Pahang

Bantuan khas ini pula diberikan kepada para penjawat awam negeri Pahang gred 54 dan ke bawah, termasuk pegawai dan kakitangan kontrak. Manakala, RM200 pula disalurkan kepada para pesara Kerajaan Negeri.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Bantuan Khas Penghargaan Kelantan

Pada September lalu, Kerajaan Negeri Kelantan telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300 kepada kepada para penjawat awam dan pesara kerajaan negeri berkenaan.

Bantuan khas itu turut diberikan kepada pegawai lantikan politik termasuk ahli-ahli majlis, penghulu, halaqat, penyelaras ICT DUN, penyelaras pembangunan Armalah, guru pondok, guru al-Quran dan Guru Fardu Ain serta Guru Jahitan (Mudaribbah).

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan kenyataan rasmi, pembayaran Bantuan Khas Penghargaan Sabah dan Pahang akan dilaksanakan pada bulan September 2023.

Pembayarannya pula ini akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima. Bagi maklumat lengkap, sila rujuk di Portal-Portal Rasmi Kerajaan Negeri.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug   Oct »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme