Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
fasa 4

STR Fasa 4 sebanyak RM1,200 akan dikreditkan kepada rakyat Malaysia: Ini senarai penuh penerima

Posted on September 6, 2023 by Admin

Banyak jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Hal yang sama juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 lalu.

Antara bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR): –

STR Fasa 4

STR adalah sebuah bantuan kewangan kepada isi rumah, warga emas dan bujang dari kategori B40 dan M40 yang berkelayakan.

Pembayaran STR Fasa 1 hingga Fasa 3 telah pun dikreditkan kepada mereka yang layak dengan kadar-kadar yang ditetapkan. STR Fasa 3 telah dikreditkan sebelum sambutan Hari Raya Haji.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Jumlah Bayaran STR Fasa 4

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM200
  • Bilangan anak 1 – 2: RM600
  • Bilangan anak 3 – 4: RM900
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,200

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 1 – 2: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 3 – 4: RM300
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM500

Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)

  • STR Fasa 4: RM200

Cara Pembayaran

Seperti mana pembayaran STR Fasa-Fasa sebelum ini, pembayarannya akan dibuat secara kredit terus ke akaun bank penerima yang didaftarkan.

Manakala, bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau ia berstatus tidak aktif – pembayaran akan dibuat secara pengambilan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Bagi pembayaran STR Fasa 4, berdasarkan jadual asalnya adalah pada bulan November 2023.

Namun begitu, tarikh rasmi pembayarannya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh pihak Kerajaan.

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Aug   Oct »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme