Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bantuan kewangan

Bantuan kewangan RM2,700 ‘one-off’ untuk golongan B40: Syarat-syarat & cara memohon

Posted on August 19, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Antaranya termasuklah bantuan-bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Salah satunya adalah bantuan kewangan sebanyak RM2,700 secara ‘one-off’. Ini adalah penjelasan lanjut tentang bantuan kerajaan tersebut:

Bantuan Kewangan RM2,700

Bantuan ini dikenali sebagai Geran Pelancaran dan melibatkan sumbangan kewangan sebanyak RM2,700 kepada mereka yang berkelayakan.

Antara tujuan utama bantuan ini adalah bagi memperkasakan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga.

Ia diperkenalkan bagi mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Seperti mana dinyatakan di syarat-syarat kelayakan, Geran Pelancaran hanya diberikan kepada kumpulan sasar JKM iaitu penerima bantuan JKM sedia ada sahaja.

Oleh itu, jika seseorang berkenaan bukan penerima bantuan sedia ada, mereka perlu membuat permohonan bantuan bulanan terlebih dahulu.

Sekiranya mereka layak menerima bantuan bulanan, maka permohonan Geran Pelancaran boleh dikemukakan di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.

Bagi maklumat lengkap berkenaan skim bantuan ini, ia boleh diteliti di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
August 2023
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
« Jul   Sep »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme