Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
e-tunai

Permohonan Bantuan e-Tunai RM300 setiap bulan telah dibuka: Cara memohon & menggunakannya

Posted on August 16, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antaranya adalah melalui bantuan e-Tunai sebanyak RM300 setiap bulan. Berikut adalah penjelasan berkenaan bantuan e-Tunai ini: –

Bantuan e-Tunai RM300

Bantuan e-Tunai yang dimaksudkan ini adalah BINGKAS sebuah inisiatif di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Melalui bantuan ini, mereka yang layak dan diluluskan permohonnya akan menerima e-Tunai RM300 secara automatik setiap bulan.

Berikut pula adalah maklumat syarat-syarat kelayakan:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Pemilih berdaftar di negeri Selangor;
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Bagi mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan e-Tunai ini boleh dikemukakan secara dalam talian (online) di Portal Rasmi BINGKAS atau melalui aplikasi SELANGKAH.

Langkah-langkah pendaftaran melalui SELANGKAH adalah seperti berikut:

  • Buka aplikasi dan klik pada panel BINGKAS;
  • Isi borang yang dengan maklumat yang tepat dan klik ‘Teruskan’;
  • Muat naik dokumen-dokumen yang ditetapkan;
  • Klik ‘Hantar’
  • Pendaftaran berjaya dan pemohon akan dimaklumkan dalam masa terdekat sama ada lulus atau tidak.

Cara Menggunakan BINGKAS

Bagi yang telah diluluskan permohonannya, BINGKAS boleh digunakan dengan cara berikut:

  • Kunjungi kedai-kedai berdaftar di bawah senarai BINGKAS;
  • Pilih barangan yang ingin dibeli;
  • Juruwang akan mengimbas ID penerima di aplikasi SELANGKAH untuk pengesahan;
  • Juruwang buat saringan mengikut barang-barang yang tersenarai di bawah BINGKAS;
  • Penerima klik pada Kad BINGKAS di aplikasi;
  • Penerima klik ‘PAY’ dan pilih akaun BINGKAS;
  • Penerima masukkan pin 6 digit bagi pengesahan pengaktifan Kod QR;
  • Juruwang imbas Kod QR bagi pembayaran.

Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini boleh dilihat di Portal Rasminya – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
August 2023
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
« Jul   Sep »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme