Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bantuan tambahan

Terdapat penerima STR yang layak dapat Bantuan Tambahan RM600: Senarai penuh penerimanya

Posted on July 27, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Begitulah juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.

Bantuan Tambahan STR

STR pada asasnya merupakan bantuan kewangan yang diberikan kepada penerima dari kalangan B40 dan M40. Ia juga merangkumi kategori penerima isi rumah, warga emas dan bujang.

Bagi pembayaran STR fasa 1, 2 dan 3, ia telah pun disalurkan kepada yang layak dengan kadar-kadar yang ditetapkan. STR Fasa 3 sebagai contoh telah pun dikreditkan kepada setiap penerima sebelum sambutan Hari Raya Haji lalu.

Namun begitu, terdapat sebuah lagi bantuan yang diberikan kepada penerima STR iaitu bantuan tambahan atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM600.

SARA ialah sumbangan tambahan yang diberikan kepada penerima STR dalam kategori miskin tegar berdasarkan data eKasih.

Ia kemudiannya boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan makanan asas di pasaraya/kedai runcit terpilih seluruh negara dengan menggunakan MyKad.

Syarat-syarat Kelayakan

Kelayakan SARA adalah terhad kepada mereka yang memenuhi semua kriteria berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Pembayaran Bantuan Tambahan

Terdapat dua kaedah pembayaran bantuan SARA ini, iaitu:

  • Penerima daripada Semenanjung Malaysia (Selain Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan)
    • Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan (Julai – Disember 2023) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.
    • Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
  • Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan
    • Bayaran RM600 sekaligus melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran fasa 3 STR 2023.

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan SARA, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
July 2023
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
« Jun   Aug »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme