Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
elaun sara hidup

Permohonan Elaun Sara Hidup RM250 tahun 2023 telah dibuka: Akan dikreditkan setiap bulan

Posted on July 17, 2023 by Admin

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah melalui Elaun Sara Hidup sebanyak RM300 setiap bulan daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) kepada yang berkelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan eluan kewangan ini: –

Elaun Sara Hidup

Elaun Sara Hidup Nelayan Laut (ESHN) pada asasnya merupakan bantuan kewangan secara bulanan sebanyak RM300 kepada pemilik individu vesel perikanan dan pekerja warganegara yang bekerja di atas vesel berlesen.

Objektif utama bantuan ini adalah bagi membantu meringankan beban golongan nelayan dalam menghadapi tekanan ekonomi disebabkan peningkatan kos sara hidup.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Syarat-syarat Kelayakan

Terdapat tiga kategori penerima yang layak iaitu:

Pemilik vesel perikanan zon A & Pemilik vesel transformasi zon A yang berstatus syarikat

  • Memiliki MyKad (Biru)
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permohonan
  • Memiliki Kad Nelayan yang sah berkuatkuasa
  • Memiliki lesen vesel perikanan yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia atau memiliki lesen vesel perikanan yang sah, yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut Sabah atau Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Negeri Sabah serta Lesen Perkakas dari Jabatan Perikanan Sabah
  • Status subsidi minyak yang aktif

Pekerja (awak-awak) atas vesel berlesen bagi zon A, B, C dan C2 bertaraf warganegara Malaysia

  • Memiliki MyKad (Biru)
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permohonan
  • Memiliki Kad Nelayan yang sah berkuatkuasa
  • Didaftarkan sebagai pekerja vesel (awak-awak) oleh pemilik vesel individu dan syarikat

Had Bilangan Pemilik Dan Pekerja Vesel Yang Layak Menerima ESHN:

  • Setiap pemilik vesel perikanan yang didaftarkan atas nama individu hanya layak menerima ESHN daripada satu lesen vesel perikanan atau lesen perkakas sahaja
  • Had bilangan pekerja vesel (awak-awak) yang layak dibayar ESHN bagi sesebuah vesel adalah tidak melebihi bilangan pekerja yang ditetapkan dalam lesen vesel berkenaan
  • Sekiranya bilangan pekerja yang bekerja diatas sesebuah vesel adalah kurang daripada bilangan yang ditetapkan dalam lesen maka bayaran ESHN adalah mengikut bilangan sebenar pekerja yang bekerja.

Cara Memohon

Bagi yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Sistem e-Pengisytiharan LKIM dengan mengemukakan dokumen-dokumen yang ditetapkan.

Pembayarannya pula akan dibuat secara kredit ke akaun penerima yang diluluskan dan layak.

Maklumat lebih terperinci berkenaan inisiatif ini sila baca di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
July 2023
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
« Jun   Aug »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme