Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bantuan str

Bantuan STR RM800 mula dibayar hari ini: Berikut senarai bank-bank yang telah dikreditkan

Posted on June 25, 2023 by Admin

Banyak jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Perkara sama juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 lalu.

Antara bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR): –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023, STR adalah sebuah bantuan tunai yang diberikan kepada golongan B40 dan M40 merangkumi kategori isi rumah, warga emas dan bujang.

Pembayaran bagi Fasa 1 dan Fasa 2 telah pun selesai dikreditkan pada bulan Januari dan April lalu.

STR Fasa 3

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM300
  • Bilangan anak 1 – 2: RM400
  • Bilangan anak 3 – 4: RM600
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM800

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 1 – 2: RM150
  • Bilangan anak 3 – 4: RM200
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM250

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)

  • STR Fasa 2: RM200

Bujang 21 – 59 tahun

  • STR Fasa 2: RM150

Bujang OKU 19 – 59 tahun

  • STR Fasa 2: RM150

Pembayaran STR Fasa 3

Berdasarkan kenyataan Kementerian Kewangan, pembayaran STR Fasa 3 akan dibuat kepada yang layak pada 26 Jun 2023 secara berperingkat.

Seperti mana pembayaran STR sebelum ini, antara bank terawal yang akan dikreditkan adalah Bank Simpanan Nasional (BSN) dan diikuti bank-bank lain seperti Bank Rakyat, Agrobank, Bank Islam, Maybank serta lain-lain.

Bagi yang tidak mempunyai akaun bank atau ia berstatus tidak aktif, pengambilan tunai STR Fasa 3 boleh dibuat di mana-mana cawangan BSN berhampiran.

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
June 2023
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
« May   Jul »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme