Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
pengeluaran

Pengeluaran KWSP Bersasar sebelum Hari Raya Aidiladha? Ini penjelasannya

Posted on June 8, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antaranya adalah apabila Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan inisiatif i-Citra, i-Lestari, i-Sinar dan sebagainya. Nampaknya pada ketika ini, masih ada desakan supaya pengeluaran simpanan dari Tabung Kewangan ini dibenarkan.

Pengeluaran KWSP Bersasar

Baru-baru ini, sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) telah mendesak supaya Kerajaan membenarkan Pengeluaran KWSP Bersasar kepada para pencarum yang memerlukan.

Desakan itu datang daripada Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) yang mendakwa masih terdapat segelintir pencarum yang tertekan dan terdesak bagi menggunakan simpanan KWSP mereka.

Hasil Kaji Selidik

Presiden PGIRM Azmi Mohd Tahir berkata pihaknya telah membuat sebuah kaji selidik di Seluruh Malaysia bermula pada 15 Mei hingga 28 Mei lalu bagi mengenal pasti dan membuat semakan silang pencarum yang benar-benar terdesak serta tercicir ini,untuk diberikan perhatian oleh pihak kerajaan.

“Hasil daripada kaji selidik ini, hanya 99,335 pencarum di seluruh Malaysia mengikut pecahan negeri yang dinafikan dan mereka ini tidak layak untuk pinjaman FSA2 dan selebihnya ramai yang telah meminjam FSA2 dan ada yang tidak lagi memerlukan pengeluaran.

“Jumlahnya bukan 8.1 juta Pencarum seperti Pengeluaran sebelum ini, tetapi hanya seramai 99,335 pencarum sahaja yang perlu diberikan perhatian wajar dan kebenaran meluluskan pengeluaran kecemasan KWSP bersasar demi meneruskan kelangsungan hidup kerana masih terdesak dan terhimpit,” katanya.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Oleh hal demikian, Kerajaan hendaklah membantu mereka yang berada dalam kesusahan akibat bebanan tunggakan hutang, kos sara hidup tinggi dan pendapatan tidak seimbang.

Berdasarkan dapatan kaji sedilik berkenaan, data menunjukkan penduduk di Selangor paling tinggi memerlukan pengeluaran berkenaan iaitu seramai 25,587 orang diikuti Johor (14,359), Sabah (8,050), Perak (7,493), Kedah (6,472) Sarawak (6,370), Kuala Lumpur (6,269) dan Pulau Pinang (5,479).

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
June 2023
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
« May   Jul »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme