Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
pengeluaran

Boleh guna Simpanan dari Akaun 2: Ini cara memohon pengeluaran i-Lindung KWSP

Posted on June 2, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah apabila pihak Kerajaan Persekutuan membenarkan pengeluaran KWSP melalui pelbagai program seperti i-Sinar, i-Citra, i-Sayang dan sebagainya.

Namun begitu, terdapat sebuah lagi program di bawah KWSP yang dikenali sebagai i-Lindung: –

Inisiatif i-Lindung

I-Lindung adalah sebuah platform layan diri di sistem i-Akaun (Ahli) yang boleh digunakan untuk tujuan membeli produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA).

Melalui PPA ini, ahli KWSP dibenarkan untuk membeli produk insurans atau takaful daripada Syarikat Insurans & Takaful (SIT) terlibat.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Pengguna i-Akaun (Ahli);
  • Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun KWSP.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Bagi yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan hendak membeli produk SIT melalui i-Lindung, ia boleh dilaksanakan dengan langkah berikut:

  • Log masuk ke i-Akaun (Ahli);
  • Klik pada tab i-Lindung;
  • Pilih produk yang ditawarkan oleh SIT;
  • Lengkapkan maklumat di portal SIT;
  • Kebenaran untuk potongan dari Akaun KWSP;
  • Penerimaan penyata maklumat dari SIT.

Bagi mereka yang telah membuat pembelian, perlindungan tersebut akan bermula pada hari polisi/sijil dikeluarkan oleh SIT. Polisi/sijil berkenaan akan dihantar melalui e-mel oleh SIT dan juga boleh didapati dalam Pelan Perlindungan Saya di bawah i-Lindung.

Setelah permohonan diluluskan, pembayaran kepada SIT tidak akan dilakukan serta-merta dan mungkin mengambil masa beberapa hari. Namun, status polisi/sijil akan kekal aktif kecuali jika pembayaran ditolak.

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan i-Lindung, ia boleh dirujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
June 2023
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
« May   Jul »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme