Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

UiTM buka pengambilan banyak jawatan kosong sesi Mei – Jun 2023: Gaji RM3,070 – RM14,587.54

Posted on May 25, 2023 by Admin

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak jawatan kosong yang ditawarkan.

Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan – jawatan yang ditawarkan.

Jawatan Kosong UiTM

  1. PENSYARAH UiTM (GRED DM45)
    • Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pendidikan
    • Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
    • Jadual Gaji : RM3,070 – RM11,095
  2. PENSYARAH KANAN (GRED DM51)
    • Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pendidikan
    • Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
    • Jadual Gaji : RM5,855 – RM12,445
  3. PROFESOR MADYA (GRED DM53)
    • Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pendidikan
    • Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
    • Jadual Gaji : RM6,162 – RM13,235
  4. PROFESOR (GRED KHAS C)
    • Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pendidikan
    • Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
    • Jadual Gaji : RM7,190 – RM14,587.54

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
  • Syarat-syarat kelayakan lebih khusus dan teliti hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan bagi jawatan ini boleh dikemukakan dengan mengisi Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA dengan lengkap dan dilampirkan bersama salinan dokumen-dokumen (disahkan) yang dinyatakan di hebahan rasmi.

Nama bidang dan fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan dan perlu dihantar ke alamat:

BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN SARAWAK
KAMPUS SAMARAHAN
94300 KOTA SAMARAHAN
SARAWAK
082-677200 / 082-677005

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.

Tarikh tutup permohonan pada 30 MEI 2023, RABU

Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan borang permohonan boleh didapati DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
May 2023
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Apr   Jun »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme