Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
rm500

Bantuan RM500 dikreditkan setiap bulan sepanjang tahun 2023: Berikut cara memohon

Posted on May 26, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah sebuah bantuan kewangan sebanyak RM500 setiap bulan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai ini:-

Bantuan RM500

Melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebuah program bantuan tunai telah diperkenalkan dan ia dikenali sebagai Bantuan Warga Emas (BWE).

Bantuan ini diteruskan pemberiannya di bawah Belanjawan 2023 dengan kadar sebanyak RM500 setiap bulan bagi membantu warga emas yang memenuhi kriteria kelayakan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara yang bermastautin di Malaysia;
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
    • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa; atau
    • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Warga emas yang bukan tinggal di:
    • Institusi kendalian JKM; atau
    • Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Untuk mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan ini boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara.

Akan tetapi, setiap permohonan kemudiannya akan menjalani siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon dan urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Maklumat lebih teliti dan lengkap berkenaan inisiatif ini boleh dilihat di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
May 2023
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Apr   Jun »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme