Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
RUMAH MESRA

Rumah Mesra Rakyat (RMR) dengan bantuan RM20,000: Panduan memohon untuk rakyat Malaysia

Posted on May 23, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Salah satu yang menarik perhatian adalah pihak Kerajaan setuju meneruskan skim bantuan Rumah Mesra Rakyat (RMR) bagi tahun 2023. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan RMR ini:

Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Konsep Rumah Mesra Rakyat (RMR) adalah rumah sesebuah satu tingkat dengan 3 buah bilik tidur dan 2 buah bilik air yang boleh dibina di tanah sendiri. Keluasan rumah pula adalah 750 kps.

Kelebihan utama RMR adalah:

  • Harga Seunit: RM75,000 – RM85,000
  • Subsidi Kerajaan: RM20,000

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.;
  • Pemohon mestilah berumur 18 sehingga 65 tahun;
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM 5,000;
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna;
  • Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan;
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk);
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Panduan Memohon

Kepada rakyat Malaysia yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan RMR boleh dilaksanakan secara atas talian (online) di Sistem Permohonan RMR.

Berikut adalah tatacara memohonnya:

  • Tekan butang permohonan di Portal Pendaftaran RMR;
  • Klik pendaftaran baru dan isi borang pendaftaran login dengan lengkap;
  • Login ID dan kata laluan akan dihantar kepada pemohon;
  • Log masuk ke Laman Utama, dengan menggunakan login ID (e-mel) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR;
  • Lengkapkan borang dengan mengisi maklumat ke dalam sistem;
  • Klik selesai pendaftaran borang dan cetak borang;
  • Hantar borang beserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan;
  • Maklum balas dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan adalah tertakluk kepada peruntukan tahunan.

Maklumat lengkap dan lebih teliti berkenaan RMR boleh dilihat di Portal Rasmi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
May 2023
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Apr   Jun »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme