Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bantuan tunai

Bantuan Tunai RM300 telah mula dikreditkan: Senarai penuh penerima & Cara semak kelulusan

Posted on May 19, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah sebuah sumbangan tunai sebanyak RM300 bagi tahun 2023.

Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai ini:-

Bantuan Tunai RM300

Bantuan sebanyak RM300 ini adalah sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Bantuan i-Fitri Perantau di bawah Kerajaan Negeri Terengganu.

Bantuan tunai ini diberikan kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan berikut dan diluluskan permohonan mereka:

  1. Rakyat Terengganu menetap di luar Terengganu (PERANTAU);
  2. Pemohon / pasangan adalah pengundi berdaftar di Terengganu;
  3. Permohonan dibuat secara atas talian (online) melalui sistem i-Bantuan;
  4. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM2,500 (termasuk gaji dan semua elaun);
  5. Penjawat awam dan lantikan Kerajaan yang menerima elaun bulanan serta penerima bonus raya daripada kerajaan adalah tidak layak;
  6. Peniaga berlesen adalah tidak layak memohon kecuali pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500 sebulan;
  7. Pemohon yang tidak  mempunyai slip gaji perlu kemukakan Akuan Pendapatan yangtelah disahkan oleh Penghulu Mukim / Pengerusi JPKK/ Pegawai Kerajaan yang berkelayakan;
  8. Pemohon perlu mencetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti menyelesaikan permohonan;
  9. Permohonan boleh ditolak sekiranya maklumat tidak benar dan tidak lengkap.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Pembayaran Bantuan

Permohonan i-Fitri Perantau telah dibuka mulai 6 April lalu dan ditutup pada 20 April 2023.

Berdasarkan kenyataan daripada pihak Kerajaan Negeri Terengganu, pembayaran bantuan ini akan dibuat selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Dijangkakan, sekitar 20,000 orang akan menerima bantuan tunai ini ke akaun masing-masing.

Bagi yang telah membuat permohonan, semakan kelulusan boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Rasmi i-Bantuan (DI SINI).

Sumber: Harian Metro.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
May 2023
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Apr   Jun »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme