Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
tarikh bayaran

Senarai tarikh bayaran Bantuan Tunai RM100 – RM1,000 untuk bulan Mei 2023

Posted on May 19, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antaranya adalah bantuan-bantuan tunai bulanan Kerajaan: –

Bantuan Bulanan

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan pelbagai bantuan bulanan dengan kadar dari RM100 sehingga RM1,000 bagi setiap penerima (perseorangan atau isi rumah). Berikut adalah senarai bantuan-bantuan berkenaan:

Bantuan Am Persekutuan/Negeri

Bantuan Am Persekutuan adalah sebuah bantuan kewangan yang diberikan kepada penduduk Wilayah Persekutuan dengan kadar sebanyak minima RM100 dan maksimum RM350 sebulan.

Manakala, kadar Bantuan Am Negeri pula berdasarkan jumlah yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri masing-masing.

Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

BKK diperkenalkan bagi membantu keluarga/penjaga kepada anak/kanak-kanak atau membantu anak/kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.

Kadar Bantuan ini adalah sebanyak minima RM150 sebulan seorang sehingga maksimum RM1,000 sebulan mengikut pecahan berikut:

  • RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
  • RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun;
  • Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Bantuan Warga Emas (BWE)

Bantuan ini diberikan kepada warga emas yang memerlukan dan menepati syarat-syarat kelayakan bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup. Kadar BWE adalah sebanyak RM500 setiap bulan.

Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja

Bantuan ini diberikan dengan kadar RM300 seorang. Objektif utamanya adalah bagi membantu OKU yang tidak berupaya bekerja dan mengggalakkan mereka untuk terus tinggal bersama keluarga.

Tarikh Pembayaran

Pembayaran bantuan bulanan JKM akan dibuat setiap bulan secara kredit terus ke akaun bank penerima yang layak (diluluskan permohonan mereka).

Bantuan  ini akan dikreditkan antara 1 hingga 10 hari bulan. Pihak JKM juga kadang kala mengawalkan bayaran atas sebab-sebab tertentu seperti sambutan perayaan dan sebagainya.

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan bantuan-bantuan bulanan JKM, ia boleh didapati di Portal Rasmi Jabatan berkenaan – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
May 2023
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Apr   Jun »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme