Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bantuan prihatin

Bantuan Prihatin RM500 mula diberikan Ahad lepas: Berikut senarai penuh penerimanya

Posted on May 11, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah sumbangan tunai sebanyak RM500 yang telah mula disalurkan kepada yang layak.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai berkenaan: –

Bantuan Prihatin RM500

Buat pertama kalinya pada tahun ini, pihak Kerajaan Negeri Pahang telah bersetuju memperkenalkan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) sebanyak RM500 kepada bakal jemaah haji tahun 2023.

Bantuan itu diberikan kepada hampir 2,000 jemaah haji negeri berkenaan dengan peruntukan sebanyak RM1 juta.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pemberian ‘duit poket’ itu dibuat bagi membantu meringankan beban bakal-bakal haji dalam menyediakan persiapan sebelum berangkat ke tanah suci.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

“Kita pastikan kedudukan kewangan kita dan kita bermula dengan RM500, lazimnya apa yang kita buat (sebelum ini), kita akan teruskan.

“Untuk bantuan (BPP) kali ini, kerajaan negeri memperuntukan sejumlah RM1 juta bagi bakal haji dari Pahang,” katanya selepas merasmikan Kursus Perdana Haji dan Penyampaian Bantuan Haji Peringkat Pahang di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Ahad lalu.

Dalam masa sama, pihak Kerajaan Negeri turut memberikan pek makanan segera Juadah Makmur kepada para jemaah haji dengan peruntukan bernilai RM84,000.

Setiap jemaah akan menerima tiga set menu antaranya ayam masak kurma atau kari, nasi dan nasi lemak.

Sumber: Sinar Harian & Kosmo.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
May 2023
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Apr   Jun »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme