Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bantuan rm8000

Bantuan RM8,000 ‘one-off’ secara automatik: Berikut penjelasan & cara membuat tuntutan

Posted on May 13, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Antaranya adalah melalui Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, pada Februari lalu.

Salah satunya adalah apabila pihak Kerajaan bersetuju untuk meneruskan Skim Perlindungan mySalam (mySalam) bagi tahun 2023. Berikut adalah maklumat lanjut berkenan skim bantuan ini:

Bantuan RM8000

Kepada yang berkelayakan, mereka boleh menerima pembayaran tunai sebanyak RM8,000 yang dibayar sekali (one-off) seumur hidup apabila didiagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal (senarai boleh rujuk DI SINI).

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima bantuan khas Kerajaan seperti program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Cara Membuat Tuntutan

Tuntutan mySalam bagi Penyakit Kritikal boleh dibuat seperti mana tatacara yang ditetapkan di bawah:

  • Langkah 1: Layari Portal Rasmi mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
  • Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritika
  • Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
  • Langkah 4: Log masuk ke Portal Rasmi mySalam dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
  • Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format .pdf atau .jpeg
    • Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
    • Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  • Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

 

Maklumat lengkap berkenaan mySalam, semakan dan tuntutan boleh dibaca serta dikemukakan – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
May 2023
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Apr   Jun »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme