Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
e-pengeluaran

E-Pengeluaran: Cara membuat pengeluaran simpanan KWSP secara atas talian (online)

Posted on May 6, 2023May 6, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Malah, pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis kemudahan kepada rakyat negara ini. Antaranya termasuklah melalui kemudahan e-Pengeluaran KWSP yang membolehkan permohonan pengeluaran simpanan secara atas talian (online).

Berikut adalah senarai pengeluaran yang boleh dibuat melalui kemudahan ini:-

Membeli Rumah

Pihak KWSP membenarkan pengeluaran dari Akaun 2 bagi membiayai pembelian rumah. Kategori rumah kediaman yang hendak dibeli itu merangkumi jenis banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/SOHO atau rumah kedai.

Pembiayaan Pendidikan

Bagi memudahkan pada ahlinya, KWSP membenarkan pengeluaran dari Akaun 2 bagi membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

Membina Rumah

Selain membeli rumah, ahli KWSP juga boleh membuat pengeluaran bagi tujuan membina rumah. Antara syarat utamanya adalah ahli hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2 dan ahli tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/ Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikan.

Ansuran Pinjaman Perumahan

KWSP turut membenaarkan Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan bagi membantu ahli membayar ansuran bulanan sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga masalah kewangan ahli selesai.

Menunaikan Haji

Bagi ahli yang beragama Islam, KWSP membolehkan pengeluaran simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji sebagai perbelanjaan.

E-Pengeluaran KWSP

E-Pengeluaran KWSP merupakan sebuah sistem dalam talian (online) melalui laman web rasmi KWSP bagi ahli yang mempunyai i-Akaun.

Syara-syarat kelayakan menggunakan sistem ini adalah:

  • Ahli warganegara Malaysia atau penduduk tetap;
  • Syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa;
  • Permohonan pengeluaran tidak melebihi amaun pengeluaran maksimum;
  • Bayaran secara pengkreditan terus ke Akaun Bank Simpanan/Semasa ahli atau ke akaun bank Rakan Strategik KWSP.

Bagi panduan penggunaan e-Pengeluaran, sila rujuk DI SINI (PDF).

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan senarai pengeluaran KWSP ini sila rujuk di Portal Rasmi KWSP DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
May 2023
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Apr   Jun »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme