Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bantuan kecemasan

Bantuan Kecemasan RM5,000 sesi tahun 2023: Berikut senarai mereka yang layak buat permohonan

Posted on May 1, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah Bantuan Kecemasan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri sebagai bantuan kewangan kepada mereka yang berkelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenana bantuan kewangan ini:-

Bantuan Kecemasan

Bantuan Kecemasan dari Kerajaan Negeri Perak ini adalah sebuah  inisiatif bagi membantu mahasiswa yang ditimpa musibah atau bencana dengan bantuan tidak melebihi RM5,000, bergantung kepada kes-kes kecemasan tertakluk kepada terma dan syarat.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:
    • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; atau
    • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau
    • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun;
    • Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.
  • Sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
  • Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini;
  • Semua permohonan perlu mendapat sokongan / pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon;
  • Menghantar bukti pengesahan kejadian dalam bentuk Laporan Polis, Laporan Perubatan atau Pengesahan oleh Pemimpin Tempatan (Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga);
  • Bantuan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak (sepanjang tahun dan perlu dihantar dalam tempoh 2 minggu (14 hari) dari tarikh berlakunya kejadian).

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada mereka yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan, permohonan Bantuan Kewangan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Rasmi EHEYNS.

Pemohon juga perlu melampirkan dokumen-dokumen sokongan yang ditetapkan dan borang perakuan.

Info lengkap dan permohonan berkenaan bantuan ini, ia boleh dibaca dengan teliti – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
May 2023
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Apr   Jun »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme