Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bantuan rm500

Bantuan RM500 setiap bulan untuk rakyat Malaysia berumur 60 & ke atas: Berikut cara memohon

Posted on April 27, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah sebuah bantuan kewangan sebanyak RM500 setiap bulan kepada rakyat Malaysia yang berusia 60 tahun dan ke atas.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai ini:-

Bantuan RM500

Bantuan Warga Emas (BWE) adalah sebuah bantuan kewangan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang telah diteruskan di bawah Belanjawan 2023.

Bantuan ini pada asasnya melibatkan sumbangan kewangan sebanyak RM500 setiap bulan dengan bertujuan untuk membantu warga emas yang memenuhi kriteria kelayakan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara yang bermastautin di Malaysia;
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
    • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa; atau
    • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Warga emas yang bukan tinggal di:
    • Institusi kendalian JKM; atau
    • Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Bagi yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan BWE boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan kemudiannya akan dijalani siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon dan urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Maklumat lebih teliti dan lengkap berkenaan inisiatif ini boleh dilihat di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
April 2023
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
« Mar   May »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme