Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
fasa 4

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4: Jumlah bayaran, senarai penerima & tarikh pembayaran

Posted on April 20, 2023 by Admin

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Begitulah juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023.

Antaranya adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada yang layak: –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4

Seperti mana yang semua maklum, pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2 telah pun dibuat kepada yang layak dengan kadar tertentu pada bulan Januari dan April 2023.

Bantuan ini merangkumi pelbagai kategori penerima seperti isi rumah, bujang dan warga emas. Berkenaan dengan STR Fasa 4 pula,  berikut adalah maklumatnya:

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM200
  • Bilangan anak 1 – 2: RM600
  • Bilangan anak 3 – 4: RM900
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,200

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 1 – 2: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 3 – 4: RM300
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM500

Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)

  • STR Fasa 2: RM200

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Tarikh Pembayaran

Bagi pembayaran STR Fasa 4, ia akan dibuat pada bulan November 2023 seperti mana yang dinyatakan di Portal Rasmi Kementerian Kewangan.

Berkenaan dengan kaedah pembayaran pula, ia akan dibuat secara kredit terus ke akaun bank penerima yang didaftarkan atau secara pengambilan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank atau akaun bank berstatus tidak aktif.

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan Belanjawan 2023 dan STR, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
April 2023
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
« Mar   May »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme