Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bantuan rm500

Bantuan RM500 setiap bulan untuk mereka berumur 60 tahun ke atas: Berikut cara memohon

Posted on April 14, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Begitulah juga apabila pihak Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk memberikan bantuan tunai kepada penerima yang berkelayakan seperti mana yang diperuntukkan di bawah Belanjawan 2o23.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai yang diperkenalkan:-

Bantuan Warga Emas (BWE)

Bantuan Warga Emas (BWE) pada asasnya merupakan bantuan kewangan bulanan yang diwujudkan bagi membantu warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.

Kadar BWE yang ditetapkan adalah sebanyak RM500 sebulan kepada setiap penerima yang layak dan diluluskan.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara yang bermastautin di Malaysia;
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
    • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa; atau
    • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Warga emas yang bukan tinggal di:
    • Institusi kendalian JKM; atau
    • Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma
  • Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 – Jadual Kesembilan Senarai Perundangan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan kewangan bulanan ini boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara.

Pemohon juga dikehendaki membawa dokumen-dokumen berikut ketika membuat permohonan:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata gaji (jika ada);
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan BWE dan Borang Permohonan sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
April 2023
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
« Mar   May »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme