Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
str fasa 3

STR Fasa 2 telah dikreditkan: Ini pula jumlah, senarai penerima & tarikh STR Fasa 3

Posted on April 7, 2023 by Admin

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Begitulah juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023.

Antaranya adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada yang layak: –

STR Fasa 3

Seperti mana yang semua maklum, pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2 telah pun dibuat kepada yang layak dengan kadar tertentu pada bulan Januari dan April 2023.

Bantuan ini merangkumi pelbagai kategori penerima seperti isi rumah, bujang dan warga emas. Akan tetapi, pembayaran STR Fasa 2 tidak melibatkan semua kategori dan ini adalah maklumatnya:

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM300
  • Bilangan anak 1 – 2: RM400
  • Bilangan anak 3 – 4: RM600
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM800

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 1 – 2: RM150
  • Bilangan anak 3 – 4: RM200
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM250

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)

  • STR Fasa 2: RM200

Bujang 21 – 59 tahun

  • STR Fasa 2: RM150

Bujang OKU 19 – 59 tahun

  • STR Fasa 2: RM150

Tarikh Pembayaran

Bagi pembayaran STR Fasa 3, ia akan dibuat pada bulan Julai 2023 seperti mana yang dinyatakan di Portal Rasmi Kementerian Kewangan.

Berkenaan dengan kaedah pembayaran pula, ia akan dibuat secara kredit terus ke akaun bank penerima yang didaftarkan atau secara pengambilan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank atau akaun bank berstatus tidak aftif.

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan Belanjawan 2023 dan STR, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
April 2023
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
« Mar   May »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme