Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bantuan raya

Bantuan Raya i-Fitri RM400 untuk rakyat Malaysia B40: Permohonan ditutup Jumaat ini

Posted on March 29, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah sebuah sumbangan tunai yang dikenali sebagai Bantuan i-Fitri bagi tahun 2023.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai ini:-

Bantuan Raya i-Fitri

Bersempena dengan bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, bantuan i-Fitri telah sekali lagi diperkenalkan dengan kadar sebanyak RM400 (berdasarkan kadar tahun lalu) kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Rakyat Terengganu dan menetap di Negeri Terengganu;
  • Maklumat pemohon mesti ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20);
  • Pemohon adalah pengundi berdaftar di Terengganu;
  • Penerima Bantuan i-Fitri tahun 2022 perlu mengemaskini maklumat permohonan dan dokumen di dalam sistem i-bantuan dalam tempoh permohonan;
  • Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) yang mempunyai tanggungan dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM2,500 sebulan (termasuk gaji dan semua elaun tetap);
  • Peniaga berlesen adalah tidak layak memohon kecuali pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500 sebulan dan di sahkan oleh JPKK;
  • Semua Penjawat Awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAK memohon;
  • Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mengemukakan Surat Akuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim atau Pengerusi JPKK;
  • Pemohon perlu mencetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti menyelesaikan permohonan;
  • Permohonan boleh di tolak sekiranya Maklumat tidak benar dan tidak lengkap.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Bagi yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan i-Fitri bokeh dibuat secara dalam talian (online) di sistem i-Bantuan.

Permohonan baru dan penerima i-Fitri tahun 2022 hendaklah memuatnaik dokumen berikut ke sistem i-Bantuan semasa membuat permohonan dan kemaskini profil:

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan;
  • Salinan slip gaji atau slip pencen terkini atau surat akuan pendapatan pemohon dan pasangan yang disahkan.

Untuk maklumat lebih teliti tentang bantuan ini, sila lihat di Sistem i-Bantuan DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
March 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
« Feb   Apr »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme