Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
tabung haji

Senarai Bantuan Kewangan dari Tabung Haji kepada B40 & M40 untuk tahun 2023

Posted on March 25, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Begitulah juga dengan Lembaga Tabung Haji yang telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif kepada para pendepositnya. Berikut adalah maklumat lengkap berkenaan bantuan-bantuan ini: –

Bantuan Tabung Haji

Seperti mana yang semua telah maklum, Tabung Haji merupakan sebuah institusi Islam yang menguruskan haji, tabungan dan pelaburan.

Dengan tujuannya itu, Tabung Haji kini telah muncul sebagai menyediakan perkhidmatan haji yang cemerlang kepada Jemaah Haji Malaysia dan rekodnya yang konsisten telah mendapat pengiktirafan dunia sebagai model pengurusan haji yang inovatif.

Malah setakat ini, Tabung Haji mempunyai sekitar sembilan juta pendeposit dengan 123 cawangan dan lebih 10,000 titik sentuh di seluruh negara.

Untuk makluman, Bayaran Haji bagi Musim Haji 1444H/2023M untuk jemaah haji Muassasah adalah sebanyak RM30,850 seorang.

Dalam usaha membantu para bakal haji kali pertama dari kalangan B40 dan M40, badan kewangan itu telah mengumumkan Bantuan Kewangan terkini iaitu pada kadar berikut:

  • B40: RM19,870 (64% tanggungan kos haji)
  • M40: RM14,870 (48% tanggungan kos haji)

Oleh hal demikian, kadar bayaran haji seorang jemaah muassasah (kali pertama) adalah sebanyak RM10,980 bagi B40, RM15,980 untuk M40 dan RM30,850 untuk kategori T20.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Rayuan Haji

Dalam masa sama, pihak Tabung Haji masih terus menanggung kos-kos tidak langsung bagi Jemaah Haji Malaysia secara percuma seperti:

  • Penerbitan buku dan risalah panduan haji,
  • Kursus-kursus haji,
  • Petugas haji kebajikan dan perubatan,
  • Kos berkaitan operasi haji di tanah air;
  • Perkhidmatan tambah nilai yang disediakan untuk Jemaah Haji Malaysia; dan
  • Ubat-ubatan.

Berdasarkan maklumat rasmi dari Tabung Haji, rayuan haji bagi Musim Haji 1444H/2023M akan dibuka bermula pada 27 Mac 2023, Isnin ini.

Permohonan rayuan itu boleh dibuat secara atas talian (online) di rangkaian perkhidmatan digital Tabung Haji – THiJARI.

Maklumat lebih lengkap berkenaan perkara ini, ia boleh dirujuk di Portal Rasmi Tabung Haji– DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
March 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
« Feb   Apr »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme