Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bantuan aidilfitri

Bantuan Aidilfitri RM700 dibayar bulan depan: Tak perlu memohon & ini senarai mereka yang layak

Posted on March 9, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Begitulah juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023  lalu.

Antaranya adalah Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri bagi tahun 2023:-

Bantuan Aidilfitri

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri adalah sebuah inisiatif yang diperkenalkan bersempena dengan musim perayaan dan bertujuan untuk meringankan beban dalam usaha membauat persiapan hari mulia berkenaan.

Bantuan Aidilfitri pada tahun ini adalah sebanyak RM700 dan RM350 berdasarkan kategori setiap penerima.

Bantuan RM700 akan disalurkan kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak. Manakala, RM350 pula diberikan kepada para pesara Kerajaan.

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan pengumuman Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2023, pembayaran bantuan khas ini akan dibuat pada bulan April 2023.

Dalam masa sama, pihak Kerajaan turut menyediakan subsidi yuran taska sebanyak RM180 sebulan kepada para penjawat awam. Malah,
had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah yang layak juga dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM7,000.

“Terkait hal yang sama, bagi memperluas akses pendidikan awal kanak-kanak, Kerajaan akan meneruskan pembinaan 80 buah taska dan tabika KEMAS termasuk 13 projek baharu.” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan Belanjawan 2023, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
March 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
« Feb   Apr »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme