Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
BAP

Permohonan telah dibuka: Ini cara memohon BAP RM500 setiap bulan untuk rakyat Malaysia

Posted on March 8, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah dengan meneruskan peruntuka bagi Bantuan Anak Pelihara (BAP) untuk tahun ini di bawah Belanjawan 2023.

Ini adalah maklumat lebih jelas berkenaan bantuan kewangan ini: –

Bantuan Anak Pelihara (BAP)

BAP ini pada asasnya merupakan sebuah bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara

Kadar BAP yang ditetapkan adalah minimum RM250 sebulan seorang sehingga maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara dua orang kanak-kanak atau lebih.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut:
    • Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
    • Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa; atau
    • Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952
  • Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:
    • Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
    • Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Untuk yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Bagi melancarkan urusan permohonan, pemohon perlu membawa dokumen-dokumen berikut ketika mengemukakan permohonan:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata gaji (jika ada);
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Perkara ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Maklumat lebih teliti berkenaan bantuan ini boleh dilihat di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
March 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
« Feb   Apr »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme