Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
e-tunai-

Bantuan e-Tunai Rahmah RM200 dikreditkan tak lama lagi: Senarai mereka yang layak menerimanya

Posted on March 3, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Begitulah juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 lalu.

Antaranya adalah bantuan e-Tunai kepada rakyat Malaysia yang layak: –

Bantuan e-Tunai

Bantuan e-Tunai bagi tahun 2023 ini akan dikenali sebagai Kredit e-Tunai Belia Rahmah seperti mana yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023.

Bantuan ini akan melibatkan jumlah e-Tunai sebanyak RM200 kepada setiap seorang yang layak. Mereka yang layak itu adalah para belia berusia 18 hingga 20 tahun dengan peruntukan sebanyak RM400 juta.

“Akhir sekali tidak dilupakan, kepada 2 juta orang belia 18 hingga 20 tahun, Kerajaan akan menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 dengan peruntukan RM400 juta.” petikan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Berkenaan dengan cara penebusan, ia berkemungkinan akan dilaksanakan seperti mana bantuan-bantuan e-Tunai sebelum ini iaitu melalui platform-platform e-Tunai seperti TNG e-wallet, Grab, Boost dan sebagainya.

Akan tetapi, makluman rasmi berkenaan bantuan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan Belanjawan 2023, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
March 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
« Feb   Apr »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme