Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
belanjawan

Belanjawan 2023: Senarai Bantuan-Bantuan Kewangan sehingga RM2,500 yang diumumkan Perdana Menteri

Posted on February 24, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Begitulah juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini.

Ini adalah antara bantuan-bantuan kepada golongan B40 dan M40 yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023: –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Pada Januari 2023, pihak Kerajaan telah menyalurkan STR kepada golongan B40 bagi Fasa 1-nya. Melalui Belanjawan 2023,  beberapa pembaharuan diambil kira supaya isi rumah yang benar-benar terkesan, mendapat manfaat yang lebih daripada STR.

Antaranya adalah Isi Rumah pendapatan kurang RM2,500 layak menerima STR sehingga RM 2,500 bergantung kepada bilangan anak.

Sumbangan Tambahan RM600

Dalam masa sama, pihak Kerajaan turut akan memberikan sumbangan tambahan sebanyak RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih.

Sumbangan itu nanti akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM600 kepada mereka.

E-Tunai Belia Rahmah

Golongan beli juga tidak dilupakan kerana pihak Kerajaan telah bersetuju memperkenalkan e-Tunai Belia Rahmah sebanyak RM200 kepada belia berusia 18 hingga 20 tahun.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Sumbangan Musim Tengkujuh (SMT)

Melalui Belanjawan 2023, Kerajaan turut bersetuju menaikkan Sumbangan Musim Tengkujuh daripada RM600 kepada RM800 bagi tempoh empat bulan. Ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung 320 ribu pekebun kecil dengan peruntukan sebanyak RM256 juta.

Kenaikan Elaun

Pihak Kerajaan akan menaikkan elaun bagi 35 ribu guru KAFA sebanyak RM100 kepada RM1,100 dengan peruntukan tambahan lebih 40 juta ringgit.

Tidak dilupakan, Sumbangan Khas RM600 juga diberikan kepada imam, bilal, tok siak, noja, marbut, guru KAFA dan guru takmir.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
February 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728  
« Jan   Mar »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme