Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bajet 2023

Bajet 2023 dibentangkan esok: Berikut antara bantuan-bantuan yang bakal diumumkan

Posted on February 23, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Begitulah juga di bawah Bajet 2023 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari 2023 ini.

Ini adalah antara fokus-fokus utama bantuan di bawah Bajet 2023: –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Seperti mana yang kita semua tahu, pembayaran STR Fasa 1 telah pun dibuat pada bulan Januari lalu dengan kadar sebanyak RM300 bagi isi rumah dan RM100 bagi kategori bujang.

Oleh kerana hanya maklumat Fasa 1 yang diketahui, makanya kadar pembayaran bagi fasa-fasa berikutnya akan diumumkan ketika pembentangan Bajet 2023 nanti.

Kos Sara Hidup

Antara fokus utama Bajet 2023 adalah kos sara hidup yang menjadi isu utama di kalangan rakyat pada ketika ini.

Timbalan Menteri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata – pihaknya  tidak hanya mengambil berat isu kos sara hidup membabitkan golongan B40, sebaliknya tumpuan diberikan kepada semua golongan.

Oleh hal demikian, elemen kos sara hidup akan dijadikan elemen penting dalam pembentangan Belanjawan 2023 nanti.

Subsidi Bersasar

Menurut laporan The Edge, pihak Kerajaan berkemungkinan akan memperkenalkan subsidi bersasar dalam semakan semula Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada 24 Februari nanti. Sebagai contoh, dianggarkan penjimatan bajet sebanyak RM5 bilion jika subsidi bahan api yang disasarkan dilaksanakan sepenuhnya.

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS)

PKS turut akan diberikan tumpuan melalui Bajet 2023, selepas banyak peniaga mengalami kerugian besar dan gulung tikar sepanjang dua tahun sebelum ini.

“Malaysia ini unik, kekuatan ekonomi terbesar (mewakili) konglomerat adalah kecil, (manakala) PKS besar.

“Dalam belanjawan 24 Februari ini, saya akan beri keutamaan, supaya PKS akan ditingkatkan…,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti dipetik dari Utusan Malaysia..

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
February 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728  
« Jan   Mar »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme